Ini Kesan Buruk Akibat Gangguan Tidur Atau Insomnia
Umumnya, orang dewasa memerlukan masa tidur selama 7-8 jam setiap malam agar tubuh tetap fit. Namun, bila mereka yang mengalami gangguan tidur, beberapa kesan buruk boleh mengintai penghidap gangguan ini.
Gangguan tidur disebabkan oleh banyak hal, seperti insomnia, berdengkur, sistem kerja bergilir, alahan, selesema, apnea tidur (sleep apnea), narkolepsi, tidur dengan gerak mata cepat, dan parasomnia. Kemungkinan anda mengalami kurang tidur jika terbangun dengan keadaan tubuh lelah dan sering mengantuk di siang hari.
Ini Dia Kesan Buruknya
Gangguan tidur yang hanya berlaku sekali-sekala sebenarnya tidak akan memberi kesan buruk bagi kesihatan, namun anda harus waspada jika keadaan ini berlaku berulang-ulang dan berpanjangan. Berikut adalah risiko yang anda boleh alami akibat gangguan tidur.
Penuaan. Pada masa tidur nyenyak, tubuh melepas hormon pertumbuhan. Apabila usia muda, hormon inilah yang berperanan untuk pertumbuhan tubuh. Tapi saat usia bertambah, hormon ini berperanan untuk mengukuhkan tulang, meningkatkan massa otot, dan menebalkan kulit. Namun, tubuh tidak mendapat pengambilan hormon-hormon jenis itu dengan cukup apabila anda kurang tidur.
Apabila kurang tidur, tubuh justru mengeluarkan hormon stres bernama kortisol yang boleh memecah kolagen, protein yang menjaga kulit tetap anjal dan halus. Hasilnya, kebanyakan orang yang kurang tidur secara terus menerus mengalami kulit pucat, lingkaran hitam di bawah mata, garis-garis halus pada wajah, dan kulit tidak cerah.
Ingatan yang buruk. Pada masa tidur dengan nyenyak, otak kita memproses dan menguatkan ingatan kita. Namun sepertinya ingatan itu tidak disimpan dengan baik dan justru boleh hilang apabila kita mengalami kurang tidur.
Obesiti. Kurang tidur boleh membuat berat badan anda bertambah. Menurut kajian, orang yang mempunyai gangguan tidur sepertinya mempunyai nafsu makan dan rasa lapar yang lebih tinggi. Mereka juga cenderung mengambil makanan dengan kadar lemak dan karbohidrat tinggi.
Kemurungan. Hubungan antara kemurungan dan gangguan tidur sangat erat. Kurang tidur boleh mencetuskan kemurungan, sementara kemurungan boleh membuat anda sukar tidur. Gangguan tidur paling umum yang boleh mencetuskan kemurungan adalah insomnia.
Penurunan sistem imun. Kurang tidur membuat sistem kekebalan tubuh anda lemah. Hasilnya, anda lebih mudah diserang penyakit. Menurut kajian, orang yang tidur 7 jam atau kurang setiap malamnya lebih mudah diserang selsema berbanding yang tidur 8 jam.
Sukar berfikir jernih. Cara berfikir dipengaruhi oleh kualiti tidur yang anda miliki. Kognitif dan pengambilan keputusan anda cenderung untuk memburuk ketika tidak mendapat tidur yang cukup. Kurang tidur sepertinya juga membuat anda teledor, seperti lupa membawa dompet atau telefon bimbit.
Ghairah seks menurun. Baik pada lelaki dan wanita, kurang tidur boleh menurunkan libido dan keinginan untuk melakukan hubungan seksual. Kadar testosteron lelaki juga mungkin boleh menurun jika mengalami gangguan tidur jenis apnea tidur, sebuah gangguan tidur yang disebabkan terhentinya pernafasan beberapa kali sepanjang tidur sehingga seluruh tubuh dan otak kekurangan oksigen.
Kesuburan terganggu. Pengeluaran hormon pembiakan akan menurun ketika anda mengalami gangguan tidur yang berpanjangan. Jadi, jika ingin cepat punya anak, usahakan untuk tidur nyenyak dengan tempoh yang disyorkan.
Mencetuskan penyakit serius. Gangguan tidur dan kurang tidur boleh mencetuskan penyakti serius, seperti diabetes, tekanan darah tinggi, penyakit jantung, serangan jantung, gagal jantung, atau stroke.
Gangguan tidur jangan dipelihara. Ada baiknya dapatkan pemeriksaan diri ke doktor jika anda merasa sukar untuk tidur dengan nyenyak. Dengan mengetahui penyebab pastinya, doktor boleh memberikan pengendalian yang sesuai dengan gangguan tidur yang anda alami.
No comments :
Post a Comment