cara menghilangkan karang gigi secara semulajadi

Cara menghilangkan karang gigi secara semulajadi - Plak dan karang gigi merupakan kotoran yang selalu melekat pada gigi dan sangat sukar untuk dihapuskan hanya dengan menggosok gigi. Pada dasarnya karang gigi merupakan akibat dari sisa makanan yang melekat pada gigi sehingga lama kelamaan menjadi kerak yang terus melekat erat pada gigi. Masa makan pastinya gigi akan menjadi kotor, akan ada kotoran yang melekat pada gigi dan menyebabkan gigi menjadi berkarang bila tidak segera di bersihkan. Masalahnya adalah kemalasan gosok gigi sebelum dan selepas tidur. Cara membersihkan karang gigi dan mencegahnya adalah dengan menggosok gigi secara rutin. Jika malas gosok gigi maka sisa-sisa makanan dan najis yang ada pada gigi akan terus berkembang menjadi kerak. Oleh karenanya berus gigi secara teratur sangat penting.

cara menghilangkan karang gigi secara semulajadi

Cara Menghilangkan Karang Gigi Secara Alami dan Mudah

Gigi pada dasarnya mempunyai banyak celah di mana sisa makanan boleh bersembunyi disana. Saat anda mengunyah makanan pasti ada sisa makanan yang tertinggal di mulut. Celah yang ada pada gigi sulit di jangkau oleh berus gigi. Sebahagian besar berus gigi hanya akan bergerak di bahagian hadapan gigi saja, namun tidak boleh mencapai celah terdalamnya. Yang boleh mencapai hingga ke celah terkecil dari gigi hanya air. Oleh karenanya ada ubat kumur yang boleh lebih ampuh menghilangkan bekas makanan pada gigi. Kenyataannya memang demikian. Zat cair akan jauh lebih mudah menjangkau sela-sela gigi dan mengangkut sisa makanan yang masih melekat.

Penyebab Karang Gigi

Sebelum membahas cara membersihkan karang gigi, ada baiknya anda tahu penyebab terjadinya plak dan karang gigi, yaitu antara lain:

    Tidak rutin menggosok gigi saat sebelum dan sesudah tidur. Selain itu kurang bersih gosok gigi, sehingga sisa-sisa makan masih bersembunyi di sela-sela gigi.
    Terlalu sering makan-makanan yang manis. Jika anda menyukai makanan yang manis, maka berisiko menimbulkan karang gigi. Tidak perlu berlebihan memakan kismis, coklat, gula-gula, kuih tart dan makanan manis yang mudah melekat di gigi anda.
    Tidak rajin berkumur. Berkumur memang hal yang remeh namun sangat berkesan untuk menghilangkan sisa-sisa makanan pada gigi. Biasakan berkumur selepas makan.
    Merokok. Kalau anda perokok berat, sudah pasti gigi anda penuh dengan karang gigi. Tembakau dan asap rokok boleh menyebabkan karang gigi dan gigi kekuningan.

Dengan adanya karang gigi maka akan memburukkan gigi anda, selain itu juga mampu memburukkan penampilan gigi anda lebih-lebih lagi jika sudah parah akan boleh membahayakan kesihatan gigi anda. Beberapa akibat adanya karang gigi yakni; Menimbulkan bau mulut tidak sedap; Penampilan gigi menjadi jelek dan kotor; Menimbulkan jangkitan pada gusi dan berisiko menyebabkan gangguan pencernaan.
Tips Pembersihan dan Cara Menghilangkan Karang Gigi Secara Alami

Meski menjadi plak dan kerak di gigi dan sangat susah dihilangkan, namun tetap ada cara menghilangkan karang gigi secara semula jadi, mari kita simak tips sihat berikut ini:

Gosok Gigi Secara Tepat dan Rutin
Gosoklah gigi secara merata dengan mengarahkan berus gigi pada arah yang tepat. Yakni menggosokkannya ke bawah dan ke atas. Jangan lupa untuk menggosok bahagian dalam gigi, permukaan gigi yang digunakan untuk mengunyah, dan bahagian dalam lain secara merata. Yang pasti gosok gigi secara rutin pada saat sebelum tidur dan bangun tidur.

Menggunakan Kulit Limau
Cara menghilangkan karang gigi boleh juga dengan menggunakan kulit limau, yakni dengan menggosokkan kulit oren pada karang gigi secara berulang-ulang. Lakukan secara rutin agar mendapat hasil maksimum. Vitamin C yang terkandung dalam limau sangat bagus bagi gigi anda.

Mengambil Epal
Epal sangat baik untuk kesihatan gigi. Ternyata tak hanya boleh membuat gigi putih tetapi juga boleh menghilangkan karang gigi. Jika anda secara teratur mengkonsumsi buah-buahan kaya vitamin C, seperti epal, jambu biji, oren, strawberi, dsb, anda akan memilliki gigi yang sihat.

Rajin Berkumur Selepas Makan
Berkumur merupakan cara paling ampuh untuk mengikis karang gigi dan menghalau sisa makanan penyebab karang gigi. Akan sangat membantu jika mengambil ubat kumur dimana sudah terdapat zat aktif penghilang karang gigi sehingga karang gigi akan lebih cepat hilang.

Mengunyah Buah dan Sayuran
Anda boleh membiasakan mengunyah buah epal, tembikai, lobak merah dan saderi. Mengunyah buah atau sayuran tersebut satu jam selepas makan boleh membersihkan gigi secara semulajadi. Tidak hanya menghilangkan sisa makanan, tetapi juga karang gigi dan menguatkan gusi.

Tomato dan Strawberry
Anda boleh mengoleskan tomato atau Srawberry pada gigi. Biarkan selama 5 minit. Bilas mulut dengan campuran air hangat dan baking soda. Ini membantu untuk menghilangkan karang gigi dan membunuh bakteria dalam mulut.

Mengunyah Biji bijan:
Cara menghilangkan karang gigi alami dan sederhana adalah mengunyah biji bijan. Perlahan kunyahlah segenggam biji bijan selama 4-5 minit, tapi jangan menelan dan memakannya. Lalu berus gigi anda menggunakan biji bijan yang anda kunyah tersebut. Biji bijan bertindak sebagai scrub alami membersihkan, menggilap gigi dan membantu menghilangkan karang gigi.

Minum Air Putih.
Minumlah air yang secukupnya selepas setiap makan untuk mencuci keluar sisa makanan di mulut. Selain air putih, elakkan merokok. Tembakau boleh mengakibatkan terkumpulnya karang gigi di bawah garis gusi.

Demikianlah beberapa cara menghilangkan karang gigi yang boleh anda praktikkan secara mudah di rumah. Jaga kesihatan mulut dan gigi anda kerana jika terkena sakit gigi maka akan sangat menyusahkan. Rutinlah melakukan penjagaan dan jangan malas!

No comments :

No comments :

Post a Comment