10 Manfaat Kesihatan dari Secawan Teh
10 Manfaat Kesihatan dari Secawan Teh
Apapun suasananya, teh boleh menjadi minuman yang nikmat. Terlebih kerana minuman ini boleh disediakan dalam keadaan panas ataupun sejuk.
Namun manfaat yang dimiliki minuman ini jauh melebihi hanya sekadar menyegarkan. Terdapat banyak kajian yang menunjukkan minum teh benar-benar boleh meningkatkan kesihatan.
Sekurang-kurangnya, minuman ini merupakan minuman bercita rasa yang mencukupi keperluan tubuh akan cairan setiap harinya. Paling utama, banyak kajian yang menunjukkan bahawa teh boleh melindungi gigi dan jantung anda, ia juga boleh melindungi anda dari kanser.
Jenis teh yang anda minum boleh membuat perbezaan. Semua teh non-herba diperbuat daripada daun sintesis tumbuhan Camellia. Bilangan pemprosesan daun menentukan sama ada anda akan mendapatkan teh hitam, hijau, atau oolong.
Teh hijau merupakan teh yang pemrosesannya paling minima dan cenderung untuk mempunyai kadar polyphenols yang tertinggi, dan jenis satu-satunya yang mengandungi jenis polyphenols iaitu, catechin. Kerana alasan tersebut banyak kajian hanya menggunakan teh hijau.
Beberapa teh herba juga dikenali kerana manfaat rawatannya, termasuk melancarkan sistem pencernaan.
Berikut adalah 10 manfaat kesihatan dari minuman teh ini:
1. Teh mengandungi antioksida
Antioksidan berperanan menjaga tubuh agar tidak menjadi "berkarat" sehingga dapat membantu melambatkan penuaan serta melindungi dari kerosakan akibat pencemaran.
2. Teh mempunyai lebih sedikit kafein berbanding kopi
Campuran herba tidak mengandungi kafein, sementara teh tradisional mempunyai kurang dari 50 peratus kafein. Ertinya anda boleh mengambil teh tanpa mendapatkan kesan menjengkelkan pada sistem saraf anda, ujar Leslie Bonci, seorang ahli gizi dan pemilik Active Eating Advice.
3. Teh boleh mengurangkan risiko serangan jantung dan stroke
"Ada banyak bacaan di luar sana mengenai teh dan kesihatan jantung," ujar Anna Ardine, manager pemakanan klinikal pada Magee-Womens Hospital of University of Pitsburgh Medical ccanter. "Ini merupakan kesan kesihatan yang mempunyai bukti terkuat."
Bahkan, sebuah kajian yang diterbitkan pada awal tahun ini mendapati pengurangan risiko terkena serangan jantung hampir 20 peratus, dan pengurangan risiko terkena stroke hampir 35 peratus pada mereka yang meminum teh hijau 1 hingga 3 cawan per harinya.
Dan bagi mereka yang meminum 4 cawan lebih mengalami pengurangan risiko terkena serangan jantung hingga 32 peratus dan tahap kolesterol LDL yang lebih rendah.
4. Teh boleh membantu menurunkan berat badan
Penyelidikan tentang hal ini belum begitu kuat, ujar Ardine. Namun kajian-kajian yang menunjukkan kesan tersebut bergantung kepada besarnya jumlah pengambilan teh, dan yang seringkali berbentuk pil.
5. Teh membantu menjaga tulang
Data daripada kajian terbaru terhadap haiwan menunjukkan bahawa teh hijau boleh mencegah pereputan tulang.
6. Teh boleh membuat gigi anda cerah
"Para penyelidik Jepun telah mendapati bahawa teh boleh mengurangkan keguguran pada gigi," ujar Ardine. "Teh merubah kadar pH pada mulut apabila anda meminumnya dan kerana hal tersebutlah boleh mencegah pereputan pada gigi."
Lebih jauh lagi, teh tidak seperti minuman lain tidak menghakis enamel gigi, ujar Bonci.
7. Teh boleh meningkatkan sistem imun
Banyak kajian yang menunjukkan bahawa teh boleh membuat sel-sel imun berfungsi lebih baik.
8. Teh boleh membantu melawan kanser
Hasil kajian pada manfaat ini masih bercampur, dengan kata lain diperlukan penelitian lebih lanjut mengenai perkara ini, ujar Bonci. Namun, sementara itu, "Jika anda mempunyai sejarah keluarga yang kuat akan kanser dan anda ingin melakukan segala sesuatu untuk mencegahnya, anda boleh meningkatkan pengambilan teh anda," tambahnya.
9. Teh herba dapat melancarkan sistem pencernaan
"Teh herba, khususnya chamomile, boleh sangat baik untuk orang-orang yang menderita sindrom iritasi pada usus besar kerana teh hijau bersifat antispasmodic," ujar Bonci. "Dan teh halia boleh mengurangkan loya."
10. Teh murni bebas kalori
"Sebagai alternatif terbaik pengganti air sebagai minuman bebas kalori," ujar Bonci. "Teh memberikan banyak pilihan rasa dan macam-macam kegunaan. Anda boleh meminumnya panas atau sejuk. Dan anda tidak perlu menambah apa-apa, walaupun mungkin anda boleh menambah halia ataupun kayu manis jika anda mahukannya. "
No comments :
Post a Comment