Ini Khasiat Tersembunyi Teh Daun Mint / pudina dan Rosemary

Ini Khasiat Tersembunyi Teh Daun Mint / pudina dan Rosemary

       
Mudah bagi individu berusia dewasa mengingat segala sesuatu bila ia rutin minum secawan teh pudina atau mencium aroma rosemary . Dua jenis tanaman herba itu dapat meningkatkan memori jangka panjang orang-orang yang memasuki umur 40 tahun ke atas.

Sebelum membentangkan hasil kajian ini di Persidangan Tahunan "British Psychological Society" di Nottingham awal April tahun ini, Dr Mark Moss dan pasukan yang berasal dari Northumbria University melakukan kajian sederhana dengan melibatkan 180 orang responden. Mereka yang dipilih secara rawak diberi secawan teh pudina , teh chamomile, dan air panas. Namun, terlebih dulu mengisi soal selidik yang berkaitan dengan suasana hati mereka.

Teh daun pudina , jelas Dr Mark Moss, secara signifikan meningkatkan memori jangka panjang dan berjaga-jaga berbanding teh chamomile.

"Penyelidikan ini menarik untuk melihat kesan kontras suasana hati dan manfaat dari dua jenis teh herba yang berbeza," kata Moss dikutip Daily Mail, Selasa (27/4/2016)

Di lain tempat, kajian turut melibatkan 150 orang tua usia di atas 65 tahun guna mencari tahu manfaat dari mencium aroma daun rosemary . Mereka lalu dimasukkan ke dalam bilik yang telah dipenuhi aroma daun rosemary dan lavender, serta bilik yang tak diberi aroma apa pun.

Setelah hampir 30 minit berada di bilik itu, mereka diminta mengikuti sebuah ujian yang direka khusus untuk menilai fungsi memori jangka panjang.

Dari hasil penelitian ini diketahui bahawa aroma daun rosemary boleh meningkatkan ingatan para orang tua dan membuat mereka lebih waspada.

Menurut Lauren Bussey dari Northumbria University yang mengkaji kesan rosemary dan lavender, penemuan ini menyokong kajian terdahulu yang menyebut aroma minyak pati dari rosemary boleh meningkatkan fungsi kognitif pada orang dewasa yang sihat.

No comments :

No comments :

Post a Comment