Apakah Lidah Buaya Berkhasiat?
Lidah buaya (Aloe vera) adalah tanaman tidak berbatang, dengan daun yang berisi tebal. Tanaman ini, selain bermanfaat sebagai tanaman hiasan, juga banyak digunakan sebagai ubat tradisional di berbagai negara, walaupun pembuktian khasiatnya secara ilmiah menemui banyak percanggahan.
Tanaman yang tergolong famili Asphodelaceae ini mengandungi pelbagai sebatian yang aktif secara biologi, diantaranya kompaun mannan yang terasetilasi, polimannan, antrakuinon, C-glikosida, antron, antrakuinon, dan pelbagai jenis kompaun lectin (1,2,3).
Walaupun digunakan pada banyak minuman ringan, sediaan kosmetik dan rawatan alternatif, namun bukti ilmiah yang berkaitan dengan keberkesanan terapetik lidah buaya masih terhad, dan kalau pun ada bersifat kontradiksi.
Sebagai contohnya adalah tentang khasiat lidah buaya pada penyembuhan luka. Beberapa kajian menyatakan bahawa lidah buaya mempercepatkan proses penyembuhan luka (4.5), namun kajian lain menyimpulkan bahawa lidah buaya tidak berkhasiat mempercepatkan penyembuhan luka, malah melambatkan penyembuhan (6.7).
Mengambil lidah buaya dikaitkan dengan peningkatan kadar gula darah pada pesakit diabetes (8.9), dan penurunan kadar lipid (10), serta meredakan gejala radang akibatulcerative colitis (11).
Ekstrak lidah buaya mempunyai khasiat antibakteria, mampu menghalang pertumbuhan bakteria Streptococcus dan Shigella secara in vitro, namun tidak berkhasiat terhadap bakteria dari spesies Xanthomonas.
Apabila dimakan dalam jumlah besar, lidah buaya boleh mengakibatkan cirit-birit, hepatitis, gangguan buah pinggang, gangguan keseimbangan elektrolit, serta penurunan aktiviti sistem saraf pusat.
No comments :
Post a Comment