Jambu Biji, Buah dan Daun Berkhasiat

Jambu biji merupakan tanaman daripada genus Psidium dan terbagi atas banyak spesies. Tanaman ini berasal dari Mexico dan Amerika Tengah, beberapa tempat di kepulauan Caribbean, serta Afrika Utara. Namun kini tanaman ini telah ditanam di pelbagai tempat di dunia, khususnya di kawasan tropika dan subtropika.

Spesies jambu biji yang paling banyak ditemui ialah spesies jambu biji epal (Psidium guajava), yang merupakan komoditi jambu biji yang lazim untuk dipasarkan. Buah jambu biji layak menyandang gelaran "superfruit", oleh kerana banyaknya kandungan nutrisi yang terkandung di dalamnya.

Buah jambu biji kaya akan vitamin A dan C, serta bila bijinya ikut dimakan, maka termasuk pula kandungan asid lemak tak tepu omega-3 dan omega-6 dan juga serat makanan dalam jumlah tinggi. Kandungan vitamin C buah jambu biji spesies Psidium guajava setara dengan 4 kalinya kandungan vitamin C pada jeruk.

Akan tetapi kandungan vitamin C ini sangat bergantung pada spesies jambu tersebut, sebagai contohnya spesies jambu biji Psidium littorale var. cattleianum hanya mengandungi 30-40 mg vitamin C per 100 gram buah, atau hanya satu per sepuluh daripada kandungan spesies jambu biji lain. Namun peratusan kandungan vitamin C spesies ini masih tergolong tinggi, iaitu 62%, pada Dietary Reference Intake.

Jambu biji mengandung baik karotenoid dan polifenol, yakni kumpulan antioksidan utama, yang menjadikannya buah yang mempunyai kandungan antioksida tinggi. Oleh kerana pigmen tanaman ini terdapat di warna buah, maka buah jambu biji yang berwarna merah atau kekuningan mempunyai manfaat lebih sebagai sumber antioksidan berbanding dengan buah-buahan yang berwarna kehijauan.

Selain buahnya yang mengandungi nilai pemakanan tinggi, daun jambu biji juga mempunyai manfaat yang tidak kalah besarnya. Ekstrak daun dan batang jambu biji mempunyai khasiat terhadap kanser, jangkitan bakteria, keradangan, dan kesakitan (1.2). Minyak atsiri daun jambu biji mempunyai khasiat anti kanser kuat secara in vitro (3). Dalam perubatan tradisional, daun jambu biji digunakan untuk merawat cirit-birit, serta diabetes.

No comments :

No comments :

Post a Comment