Kalori: Kunci Berat Badan Sihat
Berat badan akan bertambah jika anda mengambil kalori lebih banyak dari yang dibakar tubuh.
Kalori adalah sukatan tenaga dalam makanan. Kunci berat badan yang sihat adalah mengetahui berapa kandungan kalori dalam makanan yang anda konsumsi sehingga dapat disesuaikan dengan jumlah tenaga yang dibakar oleh tubuh.
Bahan Bakar Tubuh
Tubuh memerlukan tenaga dari kalori dalam makanan untuk dapat bekerja. Umumnya rata-rata wanita memerlukan kira-kira 2,000 kilo calori (kcal) per hari, sementara rata-rata lelaki memerlukan 2,500 kcal. Namun jumlah kalori yang diperlukan tiap orang berbeza-beza bergantung kepada tinggi, berat badan dan tahap keaktivan mereka.
Banyak faktor yang boleh mempengaruhi jumlah kalori yang dibakar badan semasa bekerja fizikal. Di antaranya adalah usia dan jenis aktiviti yang dilakukan. Misalnya berbasikal akan lebih banyak membakar kalori berbanding berjalan santai.
Jika tidak digunakan sebagai bahan bakar, kalori yang lebih akan disimpan dalam badan sebagai lemak.
mengira Kalori
Karbohidrat, protein, dan lemak adalah jenis nutrisi mengandungi kalori yang berperanan sebagai bahan bakar tubuh. Tiap gram lemak rata-rata mengandungi 9 kalori, manakala karbohidrat dan protein rata-rata mengandungi 5 kalori. Sementara kalori dalam makanan kemasan biasanya dapat dilihat dari label nutrisi di bahagian belakang. Data ini berguna untuk memastikan bahawa anda tidak mengambil kalori berlebihan. Unit yang digunakan umumnya adalah kcal atau kJ yang merupakan singkatan dari kilojoules.
Anda boleh dengan mudah membandingkan kadar kalori dalam beberapa produk yang berbeza-beza kerana label yang tertera umumnya akan menyenaraikan kadar kalori yang terkandung per 100 ml atau 100 gram. Yang patut diwaspadai adalah ketika pada label tersebut hanya tertulis "sekian kalori dalam satu hidangan". Tidak ada ukuran standard yang dapat dijadikan sandaran dalam "satu bungkusan" atau "satu hidangan".
Mengurangkan Kelebihan Kalori
Kalori yang berlebihan bermakna berat badan melebihi saiz yang sesuai. Perubahan pola makan dan bersenam boleh menjadi penyelesaian keadaan itu.
Jika dalam seminggu anda mengambil makanan dan minuman yang mengandungi total 10.000 kalori, maka anda juga perlu membakar 10.000 kalori. Dengan begini, maka tidak ada kelebihan kalori yang tersimpan sebagai lemak di dalam tubuh.
Mengenalpasti senarai makanan yang akan anda pengambilan dalam sehari dapat memudahkan anda menentukan makanan mana yang boleh anda hilangkan untuk mengurangkan pengambilan kalori. Misalnya dengan memilih tidak lagi mengambil makanan ringan yang mengandungi banyak gula di antara waktu makan pagi dan makan tengah hari. Atau anda boleh juga menggantikan makanan ringan dengan buah-buahan segar yang lebih sihat dan mengandungi kalori lebih rendah.
Berikut ini adalah beberapa langkah yang boleh anda lakukan:
Kurangkan hidangan makanan. Setengah pinggan nasi goreng mengandungi lebih sedkit kalori daripada sepinggan penuh. Menggunakan pinggan yang lebih kecil akan membuat anda terdorong untuk makan dalam porsi lebih sedikit.Ganti makanan berkalori tinggi dengan yang berkalori rendah. Sebagai contoh, anda boleh menukar kari ayam atau ayam goreng dengan ayam rebus rempah atau ayam yang ditumis dengan sayu-sayuran.Hindari makanan berkalori tinggi dan bernutrisi rendah seperti gorengan yang mengandungi banyak minyak.Pilihlah air putih atau teh tawar daripada minuman yang mengandungi banyak gula atau minuman sejuk bersantan.Anda dapat menggunakan aplikasi pengiraan kalori yang boleh dimuat turun di telefon bimbit seperti MyFitnessPall, Calorie and kJ Counter PRO, Calorie Counter by FatSecret.
No comments :
Post a Comment