7 Herbal yang Bantu Jaga Daya Tahan Tubuh
7 Herbal yang Bantu Jaga Daya Tahan Tubuh
Selain mempunyai banyak nutrisi seperti antioksidan atau antibakteria dan antiseptik, tanaman herba juga dapat meningkatkan kesihatan anda.
Mengambil sayur-sayuran dengan rempah herba mungkin lebih baik berbanding junk food. Ini boleh menjadi pilihan pengambilan menu makanan ketika melaksanakan puasa, selain di hari-hari biasa. Simak ulasannya,
1. Parsli
Pasli adalah salah satu herba yang baik untuk anda. Parsli kaya akan antioksidan yang membantu untuk meredakan keradangan pada buah pinggang. Selain itu, herba ini juga mempunyai kesan diuretik (meningkatkan aliran air kencing) yang berkesan untuk sembelit dan membantu mengatasi masalah pencernaan.
Tak cukup sampai di situ, tanaman ini juga kaya Vitamin K yang baik untuk tulang. Jika biasanya herba ini ditambah pada tom yam, mungkin anda boleh mengombinasikannya juga pada omelet, perkedel, sayur-sayuran, ikan dan nasi, atau roti daging.
2. Oregano
Tahu oregano, kan? herba ini sering digunakan pada makanan seperti spaghetti, sos pasta atau salad. Selain mengandungi antioksida, minyak Oregano juga mempunyai sifat antibakteria dan antikulat yang boleh mengurangkan senggugut dan sakit perut.
Herba ini juga diuretik dan membantu membersihkan lendir di hidung tersumbat, sehingga dapat membantu mengantasi selsema, flu, sakit kepala dan masalah pernafasan.
3. Ketumbar
Biji ketumbar biasanya digunakan untuk merawat insomnia dan kegelisahan kerana kesan penenang di dalamnya. Ketumbar juga dipercayai boleh meningkatkan memori dan efektif dalam mengurangkan reaksi alahan seperti demam.
Dalam ketumbar, mempunyai sifat anti-mikrob dan anti-kulat dan merupakan agen detoksifikasi yang kuat dari bahan-bahan berbahaya seperti plumbum dan merkuri. Manfaat lain, mengatur kadar insulin, mengurangkan kolesterol dan menghilangkan sakit kepala.
4. Thyme
Thyme menjadi popular selepas para saintis mendapati manfaat herba ini menangani masalah pernafasan seperti asma, bronkitis, batuk, selesema dan jangkitan sinus. Selain itu, herba ini juga dapat membantu masalah penghadaman dan mempunyai antioksida. Tambah thyme pada teh untuk merawat tekak dan penyakit gusi.
5. Rosemary
Rosemary mempunyai antioksida, anti-keradangan dan sifat antiseptik sehingga dapat membantu mengurangkan keradangan, mengurangkan risiko asma, penyakit hati dan penyakit jantung. Tumbuhan ini biasanya dijadikan teh atau berkumur untuk menyembuhkan penyakit gusi dan sakit tekak.
Rosemary juga mengandungi minyak yang menenangkan saraf dan mengurangkan sakit perut, mengurangkan rambut gugur dan meningkatkan daya ingat.
6. Basil
Basil merupakan ubat yang baik untuk sakit kepala dan insomnia. Minyak dalam daun ini mempunyai kesan anti-keradangan pada saluran pencernaan dan sendi. Selain itu, tanaman diuretik ringan juga mengandungi antioksidan.
7. Mint
Kalau daun pudina mungkin ramai yang mengetahui ya. Uniknya, daun pudina mempunyai sifat antiseptik dan antibakteria yang meredakan gangguan pencernaan, sindrom kerengsaan usus besar dan menenangkan sakit perut. Selain itu, daun mint juga boleh menguatkan sistem saraf dan membantu untuk meredakan sakit kepala.
No comments :
Post a Comment