Berkhasiatkah Echinacea?
Echinacea
Sebagaimana herba lain, kandungan kimia dalam Echinacea sangat kompleks. Semua spesies Echinachea mempunyai kandungan senyawa fenol, yang juga lazim terkandung di tanaman lain. Spesies E. purpurea mempunyai kandungan senyawa fenol jenis cichoric dan caftaric. Rizom spesies E. angustifolia dan E. pallidamemiliki kandungan echinacoside yang tertinggi berbanding spesies Echinacea lain. Kompaun jenis alkilamida dan polisakarida juga terkandung di dalam Echinacea.
Bahagian tanaman yang diyakini paling banyak mengandung senyawa kimia berkhasiat obat adalah akarnya. Pada tahun 2003, Taylor et all melakukan pembuatan produk Echinacea dari seluruh bahagian tanaman (kecuali akar) dan mengujikannya pada anak-anak. Mereka membuat kesimpulan bahawa produk Echinacea tersebut tidak memberikan kesan nyata terhadap tahap keparahan dan tempoh masa gejala demam yang disebabkan virus biasa (1). Namun kajian ini dikritik oleh banyak kalangan kerana produk Echinacea yang digunakan dalam percubaan tidak melibatkan bahagian akar tanaman, dan dos yang digunakan lebih rendah daripada dos yang dianjurkan oleh herbalist.
Oleh kerana itu, Turner pada tahun 2005 melakukan kajian terhadap pelbagai ekstrak akar spesies Echinacea. Namun kajian ini juga tidak menemui khasiat yang nyata secara statistik terhadap tempoh, intensiti, dan pencegahan demam (2).
Echinacea dipercayai mampu merangsang sistem kekebalan bukan spesifik tubuh (imuno stimulator) dan menghentikan jangkitan (3). Hal ini didasarkan atas suatu meta analisis pada tahun 2007, namun kajian ini tidak mampu menjelaskan beberapa perkara seperti keberkesanan dari pelbagai spesies tanaman Echinacea yang digunakan, serta dosnya.
Baru-baru ini kajian di University of Virginia School of Medicine membuktikan bahawa ekstrak Echinacea tidak mempunyai khasiat nyata secara klinikal terhadap tahap jangkitan serta tempoh dan intensiti simptom (1).
Suatu telaah di University of Maryland terhadap 13 kajian di Eropah menyatakan bahawa Echinacea, bila digunakan pada masa awal gejala demam muncul, boleh mengurangkan gejala dan memendekkan tempoh demam tersebut (4). Namun ada 3 dari 4 kajian yang disiarkan menyatakan bahawa mengambil Echinacea untuk mencegah demam adalah tidak berkesan.
EMEA (the European Medicine Agency) mengeluarkan kenyataan berkaitan penggunaan Echinacea sebagai berikut: "Herba ini hendaknya tidak digunakan melebihi 10 hari. Penggunaan pada kanak-kanak di bawah umur 1 tahun masih diperdebatkan, kerana adanya kemungkinan kesan yang tidak dijangka. Echinacea tidak digalakkan untuk digunakan pada anak usia 1-12 tahun kerana khasiatnya ataupun kesan sampingan belum didokumenkan secara memadai. Ibu hamil dan menyusui juga tidak digalakkan menggunakan Echinacea (5). "
Kesan sampingan yang ditimbulkan oleh Echinacea meliputi rasa mual, pusing, kemerahan pada kulit, serta hepatotoksisitas (6.7). Echinacea jangan digunakan oleh orang yang mempunyai kelainan auto imun, serta tidak selamat bila digunakan bersama ubat immunosuppressant dan ubat-ubatan yang bersifat hepatotoksik (7.8). Herba ini juga berpotensi mempunyai interaksi dengan penggunaan anestesi (9).
adalah suatu genus dari 9 spesies herba yang tergolong keluarga Asteraceae. Semua spesies herba tersebut berasal dari kawasan Amerika Utara bahagian tengah dan timur. Nama Echinacea berasal dari bahasa Yunani, echinos, artinya berduri. Dinamakan demikian kerana bahagian tengah bunganya seolah mempunyai duri-duri.
Rimpang tanaman Echinacea angustifolia digunakan oleh orang Indian di Amerika Utara untuk pelbagai tujuan perubatan. Pada tahun 1930an, herba ini menjadi popular di Eropah dan Amerika sebagai ubat herbal.
No comments :
Post a Comment