Pelbagai Manfaat Cabai Bagi Kesihatan
Cili adalah tanaman yang termasuk ke dalam keluarga tumbuhan Solanaceae. Tanaman yang berbuah pedas ini digunakan secara meluas sebagai rempah masakan
Apabila cili dimakan, kompaun-kompaun capsaicinoids berikatan dengan reseptor sakit di mulut dan kerongkong sehingga menyebabkan rasa pedas. Kemudian reseptor ini akan menghantar isyarat ke otak yang mengatakan bahawa sesuatu yang pedas telah dimakan. Otak bertindak balas terhadap isyarat ini dengan menaikkan denyut jantung, meningkatkan pengeluaran peluh, dan melepaskan hormon endorfin.
Cili merah mengandung vitamin C dalam jumlah besar, ia juga mengandungi karotena (pro vitamin A). Kandungan kedua zat ini tidak terlampau tinggi pada cili yang berwarna kuning dan hijau.
Cili juga mempunyai manfaat bagi kesihatan tubuh, di antaranya adalah:
a. Capsaicin, mampu membunuh sel kanser pada tikus percubaan di makmal (1).
b. Penyelidikan terkini menunjukkan bahawa capsaicin mampu menurunkan berat badan pada orang yang menderita obesiti (2).
c. Capsaicin digunakan untuk membunuh sel-sel saraf pada pankreas tikus percubaan yang menderita diabetes jenis 1, hal ini membolehkan sel-sel yang menghasilkan insulin untuk mula membuat insulin lagi (3).
d. Makanan yang mengandungi cili mampu melambatkan proses terjadinya risiko penyakit kardiovaskular (4).
e. Cili dianggap mampu mengawal pencemaran mikroba pada makanan (5).
f. Beberapa kajian mengatakan bahawa capsaicin mempunyai manfaat perlindungan anti ulcer pada perut yang dijangkiti bakteria H.pylori
No comments :
Post a Comment