memberus gigi semula jadi dengan Kayu Siwak Tanaman siwak (Salvadora persica) boleh berbangga hati, kerana namanya disebut dalam suatu hadis dari Nabi Muhammad SAW yang mengesyorkan bersikat gigi dengan siwak sebelum solat, sebelum bertamu, sebelum dan sesudah melakukan perjalanan, pada hari Jumaat, sebelum dan sesudah tidur, ketika sedang lapar atau haus, dan ketika hendak menghadiri mesyuarat. Penyelidikan terakhir pada tahun 2007 yang dilakukan oleh para penyelidik di syarikat Wrigley membuktikan kebenaran cadangan Nabi tersebut. Dalam laporannya di Jurnal Pertanian dan Kimia Bahan Pangan, mereka menuliskan bahawa batang kayu tanaman Magnolia (satu bahagian dengan siwak, iaitu Magnoliofita) mempunyai kesan anti bakteria yang tinggi terhadap bakteria penyebab bau mulut. Pada tahun 1986 WHO mengesyorkan penggunaan siwak. Pelbagai kajian saintifik lain melaporkan bahawa ekstrak tanaman siwak pada kepekatan yang tinggi boleh digandingkan dengan zat desinfektan oral dan anti plak lain iaitu triklosan dan klorheksidin glukonat. Selain itu, siwak dapat menguatkan gusi, mencegah kerosakan gigi, dan mengubati sakit gigi. Tanaman ini juga berkhasiat mencegah bau mulut dan menjadikan gigi kelihatan lebih cerah. Manfaat lain siwak yang tidak berkaitan dengan kesihatan gigi dan mulut meliputi mempertajam daya ingat, meredakan sakit kepala, menajamkan penglihatan, serta menjernihkan suara. Gunakan siwak bersaiz bentangan jari tangan, dan jangan lupa memotong hujung setiap kali hendak digunakan untuk menjamin kebersihan.

memberus gigi semula jadi dengan Kayu Siwak

Tanaman siwak (Salvadora persica) boleh berbangga hati, kerana namanya disebut dalam suatu hadis dari Nabi Muhammad SAW yang mengesyorkan memberus gigi dengan siwak sebelum solat, sebelum bertamu, sebelum dan sesudah melakukan perjalanan, pada hari Jumaat, sebelum dan sesudah tidur, ketika sedang lapar atau haus, dan ketika hendak menghadiri mesyuarat.

Penyelidikan terakhir pada tahun 2007 yang dilakukan oleh para penyelidik di syarikat Wrigley membuktikan kebenaran cadangan Nabi tersebut. Dalam laporannya di Jurnal Pertanian dan Kimia Bahan Pangan, mereka menuliskan bahawa batang kayu tanaman Magnolia (satu bahagian dengan siwak, iaitu Magnoliofita) mempunyai kesan anti bakteria yang tinggi terhadap bakteria penyebab bau mulut.

Pada tahun 1986 WHO mengesyorkan penggunaan siwak. Pelbagai kajian saintifik lain melaporkan bahawa ekstrak tanaman siwak pada kepekatan yang tinggi boleh digandingkan dengan zat desinfektan oral dan anti plak lain iaitu triklosan dan klorheksidin glukonat.

Selain itu, siwak dapat menguatkan gusi, mencegah kerosakan gigi, dan mengubati sakit gigi. Tanaman ini juga berkhasiat mencegah bau mulut dan menjadikan gigi kelihatan lebih cerah. Manfaat lain siwak yang tidak berkaitan dengan kesihatan gigi dan mulut meliputi mempertajam daya ingat, meredakan sakit kepala, menajamkan penglihatan, serta menjernihkan suara.

Gunakan siwak bersaiz bentangan jari tangan, dan jangan lupa memotong hujung setiap kali hendak digunakan untuk menjamin kebersihan.

No comments :

No comments :

Post a Comment