Coklat, lazat dan Menyihatkan

Tanaman coklat (Theobroma cacao) berasal dari Amerika, ditanam oleh masyarakat Indian setempat dan menjadi popular di Eropah selepas diperkenalkan oleh para penakluk dari Sepanyol pada abad ke-16. Buah coklat mempunyai kulit yang kasar dan agak tebal, bahagian dalamnya berisi daging buah yang melapisi biji-bijinya.

Pelbagai produk coklat yang lazat diperoleh dengan cara mengolah biji coklat setelah buahnya cukup umur untuk dituai. Biji coklat ini biasanya mengalami proses fermentasi, kemudian dijemur. Di kilang pemprosesan coklat, biji-biji ini dicuci bersih dan dibakar, kemudian dihaluskan dengan pelbagai kaedah sehingga menghasilkan pes coklat. Pes coklat ini kemudian diolah lagi dengan lemak coklat, gula, dan lesitin (sebagai pengemulsi), serta vanila, kemudian dimurnikan.

Selain lazat dimakan, coklat juga mempunyai khasiat bagi kesihatan tubuh. Buah coklat mengandungi sebatian flavonoid dengan kadar tinggi, khususnya jenis epicatechin, yang mempunyai manfaat bagi kesihatan kardiovaskular. Namun perlu dicatat di sini bahawa kandungan flavonoid coklat berkurang dengan adanya proses pemprosesan coklat.

Coklat juga mengandungi antioksidan berkadar tinggi. Sebuah kajian yang dilakukan diCornell University membuktikan bahawa coklat serbuk mempunyai kandungan antioksidan hampir dua kali ganda kandungan antioksidan wain merah, dan lebih dari tiga kali kandungan antioksidan teh hijau (1). Pelbagai vitamin dan mineral seperti vitamin C, magnesium, besi, kromium, dan seng juga terkandung dalam coklat.

Makanan yang kaya akan coklat mampu menurunkan tekanan darah, hal yang tidak boleh dilakukan oleh teh hijau atau teh hitam (2). Dari berbagai manfaat yang ada, maka tepatlah kiranya apabila coklat mendapat predikat lazat dan menyihatkan.

No comments :

No comments :

Post a Comment