Ginseng Siberia Ternyata Bukan Ginseng
Tanaman Eleutherococcus senticosus (dahulu disebut Acanthopanax senticosus) atau yang lebih dikenali sebagai ginseng Siberia, ternyata tidak termasuk ke dalam golongan ginseng, kerana berbeza genusnya. Ginseng termasuk ke dalam genus Panax, sedangkan "ginseng Siberia" / eleuthero digolongkan ke dalam genusEleutherococcus, walaupun kedua-duanya masih satu famili Araliaceae. Eleuthero disebut sebagai ci wu jia di dalam perubatan tradisional Cina.
Herba ini tumbuh di habitat hutan-hutan konifer kawasan pergunungan Asia Timur, China, Jepun, dan Rusia. Eleuthero belum lama dikenali oleh rawatan alami Barat, namun kerana khasiatnya yang mirip dengan ginseng asal China, maka herba ini akan mendapat pamor.
Eleuthero berkhasiat adaptogen (membantu pemulihan stres), antikolesteremik, anti radang yang tidak terlalu kuat, anti oksidan, serta penguat saraf dan sistem kekebalan tubuh. Dikatakan juga bahawa herba ini boleh mengubati penindasan (tekanan) pada sumsum tulang akibat radiasi atau kemoterapi, angina, hiperkolesterolemia, dan neurasthenia yang ditandai dengan sakit kepala, sukar tidur, serta nafsu makan yang menurun (1,2,3).
Senyawa kimia penyusun utama eleuthero adalah ciwujianoside A-E, eleutheroside B (syringin), eleutheroside A-M, friedelin, dan isofraxidine (4). Sebahagian besar sebatian aktif tersebut adalah berjenis saponin triterpenoid. Walaupun semua kompaun terpenoid mempunyai khasiat secara biologi pada mamalia, namun khasiat adaptogen sebahagian besar disebabkan oleh sebatian triterpenoid.
Majoriti sebatian triterpenoid yang dikenali di dalam tanaman "ginseng Siberia" ini adalah glikosida saponin, di mana terdapat sejumlah molekul gula (glukosa) yang berikatan dengan unit triterpene. Molekul gula ini dihuraikan di usus oleh bakteria, sehingga menyebabkan aglikon (triterpene) diserap.
Glikosida saponin bersifat menurunkan tegangan permukaan air, dan bersatu dengan lemak. Hal ini memudahkan glikosida saponin untuk masuk ke dalam membran sel (Attele et al., 1999) dan mengubah komposisi, memberi kesan kepada sifat berubah-ubah membran, dan mempengaruhi pengisyaratan (signaling) pada banyak ligan dan kofaktor
No comments :
Post a Comment