Lingzhi, Cendawan Keabadian

Lingzhi adalah sebutan bagi dua jenis cendawan spesies Ganoderma lucidumdan Ganoderma Tsugae. Cendawan ini terdapat liar di kawasan tropika dan kawasan beriklim sedang, termasuk Amerika Utara dan Selatan, Afrika, Eropah, dan Asia. Lingzhi tumbuh sebagai parasit di pokok.

Cendawan lingzhi, dalam bahasa Cina, diertikan sebagai cendawan keabadian. Dinamakan demikian kerana cendawan ini mempunyai banyak khasiat yang berguna bagi kesihatan.

Cara penggunaan lingzhi secara tradisional adalah dengan cara merendamnya dalam air mendidih di kuali. Lingzhi, baik yang segar mahu pun yang kering, dihiris halus kemudian direndam dalam periuk berisi air mendidih. Api perlahan dikecilkan, periuk kemudian ditutup, dan dibiarkan selama 2 jam. Cecair yang dihasilkan rasanya sangat pahit.

Ganoderma lucidum mengandungi sebatian asid ganoderat, yang struktur kimianya serupa dengan hormon steroid. Selain itu terdapat pula sebatian-sebatian berikut ini: polisakarida, ergosterol, kumarin, menthol, lakton, alkaloida, asid-asid lemak tak tepu, serta pelbagai vitamin dan mineral.

Tidak seperti cendawan lain yang bentuk segarnya mempunyai kandungan air sebanyak 90%, cendawan lingzhi segar hanya mempunyai kandungan air sebanyak 75%.

Lingzhi mempunyai khasiat anti tumor, imunomodulator, dan imunoterapeutik (1). Disebutkan pula bahawa lingzhi berkhasiat menghalang pengagregatan platelet, menurunkan tekanan darah, kolesterol, dan kadar gula darah (2). Khasiat lain lingzhi adalah antioksidan, pelega kesakitan, penguat saraf dan buah pinggang. Lingzhi telah digunakan untuk mencegah bronkitis dan rawatan kardiovaskular, dan juga dalam pengendalian trigliserida tinggi, tekanan darah tinggi, hepatitis, alergi, penunjang kemoterapi, penunjang terapi HIV, rasa lelah, dan mual akibat ketinggian (3).

Selain khasiatnya, lingzhi juga dikatakan mempunyai kesan sampingan seperti rasa kering pada hidung, mulut, dan tenggorokan, gangguan perut, serta hidung berdarah. Namun kesan sampingan ringan ini hanya berlaku pada beberapa orang pemakai lingzhi yang mengambilnya dalam waktu lama (lebih dari 4 bulan).

No comments :

No comments :

Post a Comment