Oregano, Herba Masakan Sihat

Oregano (Origanum vulgare) adalah herba yang digunakan secara meluas pada masakan-masakan khas Yunani, seperti salad ala Yunani. Herba yang tergolong dalam famili tumbuhan Lamiaceae ini juga lazim digunakan pada pizza di Itali. Bahagian herba yang digunakan adalah daunnya, di mana daun yang kering lebih disukai berbanding yang masih segar. Oregano mempunyai rasa yang aromatik, hangat dan sedikit pahit.

Tanaman oregano berasal dari wilayah Eropah, Mediterranean, serta kawasan Asia bagian selatan dan tengah. Selain spesies Origanum vulgare, terdapat pula spesies lain yang juga digunakan untuk tujuan masakan, yakni Origanum onites dan Origanum heracleoticum. Selain itu, tanaman marjoram yang berasal dari Asia kecil juga mempunyai persamaan sifat dengan oregano, walaupun rasanya berbeza akibat tidak adanya kandungan sebatian fenolat padamarjoram.

Oregano mengandungi sebatian karvakrol, thymol, limonene, pinen, ocimene, dan caryophyllene. Daun dan batang yang menyokong bunga pada tanaman ini bersifat antiseptik, antispasmodik, karminatif, cholagogue, ekspektoran, perangsang, serta tonikum. Oregano digunakan per oral guna mengatasi demam, selesema, sakit perut, serta sakit akibat haid.

Oregano mempunyai khasiat menenangkan dan membantu tidur, namun boleh memberi kesan buruk bila digunakan berlebihan. Kandungan thymol dalam jumlah tinggi menyebabkan oregano mempunyai sifat antiseptik kuat bila digunakan sebagai ubat luar.

Khasiat antioksidan kuat juga dimiliki oleh oregano akibat kandungan senyawa asam fenolat dan flavonoid. Telah dibuktikan bahawa oregano berkhasiat antimikrob terhadapLysteria monocytogenes (1). Selain itu tanaman ini juga berkhasiat terhadap bakteriStaphylococcus aureus yang dapat bertahan terhadap methicillin.

No comments :

No comments :

Post a Comment