Penjagaan Payudara Semasa Mengandung.
Rawatan payudara selama kehamilan anda adalah salah satu bahagian penting yang harus anda perhatikan sebagai persediaan untuk menyusukan nantinya. Pada masa kehamilan payudara akan membesar dan kawasan sekitar putting akan lebih gelap warnanya dan juga lebih sensitive. Semua ini berlaku untuk persiapan tubuh ibu hamil untuk memberikan makanan pada bayinya kelak.
Beberapa tips penjagaan payudara selama kehamilan:
Bila BH anda sudah mula terasa sempit, sebaiknya mengantinya dengan bh yang pas dan sesuai dengan saiz anda untuk memberikan keselesaan dan juga support yang baik untuk payudara anda.
Apabila anda merancang untuk menyusukan anda boleh memulakan menggunakan bh untuk menyusui pada akhir kehamilan anda. Pilihlah bh yang ukurannya sesuai dengan payudara anda, memakai bh yang mempunyai saiz yang tidak sesuai dengan saiz ayudara dapat menyebabkan jangkitan seperti mastitis (jangkitan pada kelenjar susu di payudara).
Persiapkan putting susu anda. Dengan lembut putar putting antara telunjuk dan ibu jari anda kira-kira 10 saat sewaktu anda mandi. Jika anda mendapat kesulitan atau puting susu anda rata atau masuk kedalam, rujuk kepada doktor anda, sehingga hal ini dapat diatasi awal untuk mengelakkan kesulitan nantinya.
Pada tahap akhir bulan kehamilan, cubalah untuk mengurut lembut payudara daerah yang berwarna gelap (aerola) dan puting susu, anda mungkin akan mengeluarkan beberapa titisan kolustrum (cecair kental berwarna kekuningan dari putting). Untuk membantu membuka saluran susu.
Bersihkan payudara dan puting, jangan mengunakan sabun didaerah putting boleh menyebabkan kawasan tersebut kering. Gunakan air sahaja lalu keringkan dengan tuala.
No comments :
Post a Comment