Tips Mengatasi Kesukaran Tidur Semasa Mengandung

Ketika usia kehamilan bertambah, maka kesulitan tidur yang selesa akan menjadi keluhan yang sering pada ibu hamil. Hal ini disebabkan oleh beberapa faktor iaitu kerana keadaan perut yang semakin membesar, pergerakan bayi dalam kandungan, rasa tak enak di daerah ulu hati, dan sebagainya. Semua hal ini menyebabkan ibu hamil kesukaran untuk tidur dengan selesa di malam hari.

Apabila anda merasa tidak dapat tidur dengan nyenyak maka anda berfikir bagaimana dengan bayi dalam kandungan anda? Jangan kuatir! --- Para pakar menyatakan bahawa walaupun rehat sebanyak mungkin adalah hal yang paling sesuai, tapi kurang tidur semasa kehamilan tidak akan membahayakan bayi anda.

Beberapa Tips yang boleh anda cuba lakukan untuk membantu anda tidur lebih selesa:

Carilah posisi tidur yang selesa untuk anda.

Faktor yang terpenting untuk dapat tidur dengan selesa adalah mencari posisi tidur yang terbaik untuk anda. Kedudukan tidur terbaik yang dianjurkan selama kehamilan adalah posisi tidur mengiring ke sebelah kiri anda, hal ini dapat membantu mengoptimumkan aliran darah oksigen dan nutrisi ke plasenta.

Mandi dengan air hangat.

Basuhlah tubuh anda dengan mandi air hangat (jangan terlalu panas) dengan sabun yang wangi dan rasa segar akan membantu anda bersedia untuk tidur.

Elakkan makan terlalu banyak ketika menjelang tidur.

Saat hamil seringkali anda merasa ingin makan sesuatu saat malam hari tapi hati - hatilah kerana bila keinginan untuk makan itu datang di waktu malam hari kerana boleh menjejaskan tidur anda. Cuba untuk mengelakkan makan yang banyak atau terlalu kenyang saaat menjelang tidur. Anda boleh mengantinya dengan snak yang ringan atau segelas susu hangat.

Hal ini untuk mengurangkan rasa tidak enak di daerah ulu hati / perut anda yang juga akan dapat mempengaruhi masa tidur anda.

Minum segelas susu hangat

Minum segelas susu hangat akan membantu anda untuk dapat tidur hal ini didasarkan susu mengandungi asid amino tryptophan yang meningkatkan kadar serotonin dalam otak yang akan membantu anda untuk dapat tidur.

Muzik ... muzik ...

Dengarkanlah muzik yang dapat memberikan ketenangan dan rasa rileks pada anda. Pilihlah muzik apapun yang penting dapat memberikan ketenangan buat anda. Dengan merasa tenang dan rileks akan mudah untuk anda untuk tidur lebih selesa.

Hubungan seks?

Melakukan hubungan seksual dengan pasangan anda juga boleh merupakan salah satu cara yang baik untuk memberikan rileks dan santai buat anda. Tapi bila anda merasa 'Tidak Mahu "melakukan hal ini, mintalah pasangan anda untuk memberikan urutan secara lembut sehingga anda akan merasa lebih rileks dan perasaan bahagia kerana diperhatikan / dimanjakan.

Latihan menarik nafas.

Latihan menarik nafas dalam yang teratur dapat menolong mengurangkan ketegangan otot dan membantu anda untuk tidur lebih baik.

Carilh kedudukan yang selesa buat anda, duduk, berdiri ataupun berbaring, lalu tariklah nafas melalui hidung secara perlahan lalu tahan nafas selama 1-2 saat dan keluarkan nafas melalui mulut secara perlahan lakukan beberapa kali.

Berehat selagi anda boleh.

Selalu beristirahatlah selagi ada kesempatan untuk berehat.

Ini adalah beberapa tips buat anda untuk dapat membantu tidur malam yang lebih selesa. Ingatlah bahawa gangguan tidur adalah keluhan yang biasa selama kehamilan. Bersabarlah dan jadikanlah sebagai salah satu pengalaman indah dalam kehamilan anda ini dan semuanya akan terbayarkan dengan lahirnya si buah hati.

No comments :

No comments :

Post a Comment